Hari Terbuka PI Linggi 2019

4 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

3 Ogos 2018 – Program Hari Terbuka Pusat Ekonomi Digital Linggi adalah merupakan program tahunan yang diadakan untuk menghargai sokongan komuniti kepada PI Linggi. Ianya telah diadakan pada 3 Ogos yang lalu bersamaan hari Sabtu dari jam 9 pagi hingga ke jam 2 petang.

Sepanjang program berlansung, pelbagai pertandingan berbentuk ICT telah diadakan iaitu Crossword eSisa, 3 Puzzle Challenge, Kahoot Advokasi, Create Cartoon Man, Fast Typing Online, Tayangan Video & Kuiz Advokasi, Fun Games – Craft DIY via Youtube dan Pictionary

Selain dari itu, terdapat juga gerai jualan oleh usahawan-usahawan PI Linggi seperti Jualan Kuih & Air Goncang , Madu Asli Honeyfera, Bahulu dan Produk Kecantikan Mary Kay.

Agensi lain yang terlibat dalam pameran pula ialah Perpustakaan Desa Kg. Pengkalan Durian yang membuka Pendaftaran Keahlian Percuma, Permainan Word search, Bijak Matematik, Semarak Jawi dan Teka Silangkata. Mereka juga turut meyerahkan beberapa buah buku untuk diletakkan di ruang membaca PI Linggi sebagai pinjaman berkelompok.

Majlis diserikan lagi dengan kunjungan tetamu kehormat untuk acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah iaitu Ketua MPKK Kg. Linggi - Encik Hafidz Bin Mohd Ramly, Ketua MPKK Kg. Pengkalan Durian – Encik Amrun Bin Osman dan Pengerusi PIBG SK Linggi iaitu Encik Hishamuddin Bin Saat. Pada tahun ini, PI Linggi turut menyediakan hadiah untuk Anugerah bagi 3 Kategori iaitu Pelajar Berpotensi, Usahawan Berprestasi dan PIC WK Berdedikasi bagi menghargai mereka yang banyak memberi sokongan kepada PI Linggi selama ini.

Seramai lebih dari 80 orang telah hadir pada hari tersebut tersebut. Walaupun kehadiran tetamu agak kurang kerana terdapat banyak kenduri kahwin di kawasan sekitar namun majlis berlansung dengan meriah sekali. Sebelum bersurai, tetamu dijamu dengan hidangan makan tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali